Sunday, 6 June 2021

Lepidopterophobia

                     Assalamualaikum pembaca 😇, 

                     

                    Untuk perkongsian kali ini, saya akan menceritakan mengenai diri saya. Sebelum itu, pastinya kalian tertanya-tanya apakah kaitan Lepidopterophobia dengan diri saya? Sebenarnya, saya mempunyai fobia terhadap rama-rama sejak dari kecil lagi. Apabila saya melihat rama-rama, saya merasakan ianya sangat menggelikan disebabkan warna sayapnya dan sifatnya yang suka menghinggap pada sesuatu tempat. Setiap kali saya menjumpai rama-rama, saya akan melarikan diri kerana berasa risau sekiranya rama-rama tersebut hinggap pada saya. Sehingga kini saya tidak pernah berkeinginan untuk pergi ke taman rama-rama. 😖




                   Menurut laman web healthline, fobia ini berpunca daripada :
  • Ketakutan kepada serangga dengan anggapan bahawa serangga tersebut akan menghinggap atau menyentuh dirinya
  • Genetik
  • Faktor persekitaran
  • Pengaruh ahli keluarga terdekat yang mungkin mempunyai fobia yang sama
  • Pengalaman negatif yang membuatkan diri menjadi trauma dengan rama-rama 

         Berdasarkan pengalaman saya, saya sering mendengar orang di sekeliling saya menyatakan bahawa saya tidak boleh menyentuh rama-rama kerana ianya mempunyai racun dan sejak dari itu sehinggalah kini saya menjadi fobia dengan rama-rama.
                 Antara tanda-tanda lepidopterophobia adalah:
  • Ketakutan yang melampau ketika berjumpa dengan rama-rama atau kupu-kupu
  • Menjadi panik ketika berfikir tentangnya
  • Akan mengelak untuk bertemu dengan haiwan ini

           
           Apabila saya mencari spesies-spesies rama-rama dan kupu-kupu di Google, saya berasa amat takut dengan spesies rama-rama yang digelar Creatonotos Gangis Moth ini. Rupanya sangat menakutkan dan saya berharap saya tidak akan bertemunya😖.Baiklah, saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya. Sehingga berjumpa lagi. 





                     Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment