Sunday 30 May 2021

Happy Birthday to Me

               Assalamualaikum, 

                 


Credit: istockphoto

               Alhamdulillah pada tanggal 29 Mei yang lepas, sudah genap 20 tahun Allah pinjamkan nikmat kepada saya sepanjang hidup di dunia ini. Rasanya seperti baru sahaja semalam saya menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Terima kasih kepada umi saya yang melalui pelbagai ujian dan cabaran dalam proses mengandungkan dan melahirkan saya. Saya tidak mampu membalas segala jasa kedua ibu bapa saya dan saya berdoa semoga Allah memasukkan kedua ibu bapa saya ke dalam syurgaNya tanpa dihisab. 


              Sambutan hari lahir saya pada hari Sabtu yang lepas hanya diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga di rumah sahaja memandangkan kita perlu mengelakkan diri daripada keluar sekiranya tiada kepentingan. Tetapi saya ingin kongsikan bersama pembaca hadiah yang saya terima daripada adik bongsu saya. 😁 Adik saya berumur 7 tahun dan amat meminati lori.



Lukisan daripada adik saya

                    Saya amat terharu kerana saya tidak pernah menerima sebarang hadiah hari lahir daripada mana-mana adik beradik yang lain. 😄 Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Saya akhirinya dengan sebuah video.🙆




                        Sekian, terima kasih.


Wednesday 19 May 2021

EPPD 1063: Power Point

           Assalamualaikum,


           Seperti yang pembaca boleh lihat pada logo dan tajuk di atas, pastinya kalian sudah dapat meneka yang saya akan menceritakan tentang Microsoft PowerPoint iaitu antara tajuk yang saya perlu pelajari untuk subjek Aplikasi Komputer. Bagi pembaca yang tidak mengetahui apakah kegunaan PowerPoint, kalian bolehlah klik DISINI untuk mengetahui dengan lebih teperinci mengenai perisian ini.

            Saya amat menyukai kelas Aplikasi Komputer ini kerana dengan menyertai kelas ini, saya memperolehi pelbagai kemahiran baharu terutama sekali dalam penggunaan perisian komputer. Saya menyedari kemahiran ini amat penting untuk digunakan terutama sekali ketika di alam pekerjaan kelak. Apabila pensyarah memberikan tugasan PowerPoint, kami mengagih-agihkan tugasan masing-masing supaya tugasan tersebut boleh disiapkan dengan lebih cepat. Saya ditugaskan untuk mencari maklumat dan juga berperanan sebagai suara latar. Pelbagai ilmu baharu yang saya perolehi melalui tugasan ini iaitu cara untuk merekod pembentangan dan menyimpannya dalam bentuk video. Di akhir penulisan ini, saya akan sertakan video yang mengajarkan cara-cara membuat slaid PowerPoint yang menarik. Selamat Mencubaaa ~




Sekian, Terima Kasih~



Sunday 2 May 2021

Gagal Sekali Tidak Bermaksud Gagal Selamanya

                      Assalamualaikum pembaca 😇,


                    Hari ini saya ingin menceritakan tentang kehidupan saya. Hidup ini pastinya mempunyai turun naiknya, kadang kala kita akan berada di atas, kadang kala kita akan berada di bawah. Di saat kita berjaya pastinya kita berasa gembira kan? Tetapi apabila kita gagal, apakah tindakan kita? Adakah kita akan memilih untuk masih bersyukur atau menyalahkan takdir? Kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap percaturan yang Allah tetapkan kepada kita. Hal ini kerana, Allah sudah berjanji kepada kita, di setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan. 



                      Saya pernah mengalami situasi seperti ini. Sewaktu SPM, saya mendapat keputusan 10A 1B dan saya pernah gagal dalam temuduga untuk mendapatkan biasiswa JPA. Sewaktu keputusan itu keluar, saya berasa amat sedih kerana impian saya selama ini untuk menyambung pelajaran ke luar negara masih tidak tercapai. Kekecewaan itu saya terbawa-bawa sehinggalah masuk ke Matrikulasi. Saya berasa semangat saya untuk belajar sudah tiada. Jika sewaktu sekolah menengah, saya merupakan antara pelajar yang akan menduduki tempat pertama atau kedua di tingkatan, namun apabila masuk ke Matrikulasi, saya seringkali gagal dalam kuiz yang diberikan oleh pensyarah. Saya pernah mendapat markah bagi subjek Matematik sebanyak 1% sahaja iaitu yang paling rendah di dalam kelas. Saya sering berasa stress. 


kredit :sloanreview.mit.edu

                      Namun, apabila saya masuk ke alam universiti, segalanya berubah. Saya sedikit sebanyak dapat memahami subjek Matematik atau Statistik yang diajarkan oleh pensyarah. Saya amat bersyukur kerana pensyarah-pensyarah yang mengajar saya kesemuanya baik-baik belaka dan sabar dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain. Saya berazam untuk menjadikan kegagalan lalu sebagai pemangkin semangat saya untuk terus berjaya dan melanjutkan pelajaran di luar negara dan menggunakan ilmu tersebut untuk berbakti kepada masyarakat. Aamiin.







                     Sekian, terima kasih.