Tuesday 30 March 2021

EPPD 1063: Microsoft Word

                  Assalamualaikum pembaca 😇,


               Pada hari ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya sepanjang mempelajari Microsoft Word ketika sesi kuliah subjek Aplikasi Komputer bersama pensyarah saya. Antara elemen yang saya pelajari dalam penggunaan Microsoft Word adalah elemen cover page, table of content, list of table, list of figures, header dan footer, page numbers, citation dan reference. Kesemua elemen ini sangat berguna terutama sekali apabila saya ingin menulis jurnal bagi tugasan yang diberikan daripada pensyarah lain dan juga penulisan ilmiah pada tahun ke-3 kelak. Sebagai pelajar UKM, saya merasakan memepelajari format-format dalam penulisan merupakan perkara yang sangat penting supaya lebih mudah untuk membezakan sama ada saya menggunakan format penulisan gaya UKM ataupun tidak. 

                   Antara kegunaan Micrsosft Word adalah untuk mencipta dokumen seperti risalah, surat, bahan pembelajaran, laporan, katalog, poster dan bermacam-macam lagi kegunaan yang lain. Micrososft Word bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan bekerja, namun ia juga amat sesuai untuk kegunaan peribadi seperti membuat kad jemputan majlis, kad resepi dan tag pada hadiah dan lain-lain. Bagi pembaca yang ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Microsoft Word, anda bolehlah mencarinya di Youtube kerana terdapat banyak video mudah yang mengajar cara menggunakannya. Saya menyarankan anda untuk mempelajari features yang ada pada Microsoft Word ini kerana kita tidak akan rugi dan ianya dapat dipraktikkan dalam kegunaan harian kita terutama sekali sebagai seorang pelajar.

                          




                             Baiklah, pada hari ini saya akan mengajar kalian cara untuk membuat cover page. Pada pendapat saya, tutorial ini sangat mudah untuk diikuti terutama sekali bagi mereka yang baru ingin mempelajari tentang Microsoft Word. 


1) Buka Microsoft Word




2) Click button insert. Kemudian click Cover Page.




3) Pilih template cover page yang sudah disediakan ;)



                 Apa yang lebih menarik tentang Microsoft Word adalah ianya sudah menyediakan template dan pengguna boleh memilih reka bentuk yang manakah yang diminati. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pengusaha restoran atau gerai makan, anda boleh menjimatkan kos dalam untuk mengupah orang lain untuk membuat senarai menu kerana anda boleh design dengan sangat mudah di Microsoft Word seperti yang berikut: 







                     Sekian, terima kasih. 💚

Friday 26 March 2021

Tentang Saya

             Assalamualaikum pembaca 😇,

          Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama diberi Nur Asma' Binti Muhamad Sah. Berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ekonomi. Sudah lama rasanya saya meninggalkan blog saya, iaitu sejak 7 tahun yang lalu akibat kekangan masa. Hal ini kerana, sejak saya memasuki alam sekolah menengah, masa di rumah saya amat terhad jika dibandingkan masa saya bersama kawan-kawan di asrama. 😅

             Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memenuhi keperluan tugasan blog bagi subjek EPPD1063. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk terus menulis di dalam blog. Meskipun begitu, pada awalnya ianya agak sukar bagi saya untuk menghias blog ini kerana muka hadapannya yang sudah berubah. 😵 

            Bagi perkongsian kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan seorang penggemar buku. Saya amat meminati buku sejak berumur 6 tahun. Pada permulaannya, saya amat gemar membaca buku kategori fiksyen. Sewaktu saya sekolah rendah, saya amat meminati Ain Maisarah dan setiap kali berlangsungnya pesta buku di kawasan tempat tinggal saya, pastinya buku beliau akan menjadi pilihan saya untuk dibeli. Pelbagai siri novel yang saya sudah kumpulkan iaitu siri aku mahu, siri dongeng, siri hero dan juga novel comel. Apabila saya meningkat dewasa, minat saya sudah beralih iaitu kepada bahan bacaan bukan fiksyen. Disebabkan minat saya terhadap buku ini sangat mendalam, saya mempunyai satu cita-cita iaitu ingin menjejakkan kaki ke BookXcess yang terletak di Sunway Big Box @ Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor. 





BookXcess @ Sunway Big Box Retail Park.







Credit :

Gambar - jb2020.com
Video - Johorkini TV