Saturday 12 June 2021

Teknologi di Jepun

                        Assalamualaikum pembaca ๐Ÿ˜‡,


                       Bertemu kita kembali dalam siri penceritaan saya mengenai negara Jepun ๐Ÿ˜.Sekiranya bercerita mengenai teknologi, pastinya negara pertama yang akan muncul di fikiran saya adalah Jepun. Mengapa Jepun? ๐Ÿ˜ฒKerana Jepun merupakan antara negara yang memfokuskan ekonominya ke arah teknologi dan inovasi. Sejak kekalahan dalam Perang Dunia ke-2, Jepun sudah beralih arah iaitu daripada ketenteraan kepada perindustrian. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun mengalami kekalahan yang teruk apabila Hiroshima dan Nagasaki telah dibom oleh bom atom dan menyebabkan ramai daripada rakyatnya yang mati. Namun begitu, kekalahan tidak mematahkan semangat Jepun untuk membangunkan semula negaranya. Tidak lama selepas itu, Jepun telah berjaya menebus kekalahannya dengan menguasai ekonomi dunia dan pencapaian mereka ini sesungguhnya amat menakjubkan sehingga digelar 'Keajaiban Ekonomi'.


                            Teknologi di Jepun sememangnya sangat canggih dan bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian masyarakat di sana. Antara contoh inovasi adalah, pembinaan rumah yang mempunyai struktur khas di bawahnya untuk mengurangkan risiko kerosakan apabila berlaku gempa bumi atau gegaran. 



kredit :popsci

                          Selain itu, dalam bidang automotif, Jepun merupakan antara negara yang mencipta kereta hybrid. Kereta ini dikategorikan sebagai mesra alam kerana ianya tidak menggunakan bahan api seperti petroleum yang akan membeaskan gas karbon monoksida ke atmosfera bumi. Selain itu, ia dapat menjimatkan wang kerana pengguna hanya perlu mengecas sahaja kerta tersebut dan ia boleh bergerak untuk tempoh masa yang lama.






kredit :carfromjapan


                 Selain itu, dari segi pengangkutan pula, Jepun memiliki tren paling laju di dunia yang dinamakan sebagai bullet train atau 'Shinkansen'. Shinkansen ini mampu bergerak dengan kelajuan maksimum iaitu 240-320 km/j. Dengan adanya pengangkutan awam yang canggih, ia akan menggalakkan lebih ramai masyarakat di sana untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Dengan itu, masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran dapat dikurangkan.





                          Sekian, terima kasih.

Thursday 10 June 2021

EPPD 1063: Microsoft Access

                   Assalamualaikum pembaca ๐Ÿ˜‡,


                   Pada hari ini saya akan menulis mengenai pengalaman saya mempelajari cara membina database di Microsoft Access. Melalui kelas Aplikasi Komputer, barulah saya mengetahui hakikatnya saya terdapat berbagai perisian yang sedia ada di dalam laptop tersebut tetapi saya tidak tahu cara menggunakannya. Dalam sesi pembelajaran, kami diajarkan cara untuk membina database bagi syarikat sekolah memandu. Meskipun waktu untuk mempelajari tentang Access ini agak lama kerana memakan masa hampir 6 jam untuk menyiapkannya, namun hasilnya amat memuaskan hati saya. Saya baru sahaja menyiap dan menghantar tugasan tersebut. Oleh itu di bawah ini saya ingin menunjukkan hasil kerja saya yang dibantu oleh pensyarah saya iaitu Pn Norazila.





                       Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu Microsoft Access. Baiklah, Microsoft Access ini merupakan satu alat pengurusan maklumat yang boleh membantu kita dalam menyimpan maklumat untuk dianalisis, dijadikan rujukan, dan juga sebagai laporan. Apa perbezaan Microsoft Access dan Excel? Perbezaan utama antara Access dan Excel adalah Access merupakan sistem yang digunakan untuk menguruskan maklumat dengan lebih mudah manakala Excel merupakan satu medium untuk membuat pengiraan dan membentangkan data secara visual.


                       Saya mempelajari banyak fungsi pada Access ini termasuklah cara untuk membuat muka hadapan database, membuat jadual, membuat borang, membuat laporan dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat cara untuk menggunakan Access, anda bolehlah mempelajarinya di Youtube kerana terdapat banyak video yang membantu dalam memahami Access ini. Antaranya adalah :




                    Sekian, terima kasih.


Sunday 6 June 2021

Lepidopterophobia

                     Assalamualaikum pembaca ๐Ÿ˜‡, 

                     

                    Untuk perkongsian kali ini, saya akan menceritakan mengenai diri saya. Sebelum itu, pastinya kalian tertanya-tanya apakah kaitan Lepidopterophobia dengan diri saya? Sebenarnya, saya mempunyai fobia terhadap rama-rama sejak dari kecil lagi. Apabila saya melihat rama-rama, saya merasakan ianya sangat menggelikan disebabkan warna sayapnya dan sifatnya yang suka menghinggap pada sesuatu tempat. Setiap kali saya menjumpai rama-rama, saya akan melarikan diri kerana berasa risau sekiranya rama-rama tersebut hinggap pada saya. Sehingga kini saya tidak pernah berkeinginan untuk pergi ke taman rama-rama. ๐Ÿ˜–




                   Menurut laman web healthline, fobia ini berpunca daripada :
  • Ketakutan kepada serangga dengan anggapan bahawa serangga tersebut akan menghinggap atau menyentuh dirinya
  • Genetik
  • Faktor persekitaran
  • Pengaruh ahli keluarga terdekat yang mungkin mempunyai fobia yang sama
  • Pengalaman negatif yang membuatkan diri menjadi trauma dengan rama-rama 

         Berdasarkan pengalaman saya, saya sering mendengar orang di sekeliling saya menyatakan bahawa saya tidak boleh menyentuh rama-rama kerana ianya mempunyai racun dan sejak dari itu sehinggalah kini saya menjadi fobia dengan rama-rama.
                 Antara tanda-tanda lepidopterophobia adalah:
  • Ketakutan yang melampau ketika berjumpa dengan rama-rama atau kupu-kupu
  • Menjadi panik ketika berfikir tentangnya
  • Akan mengelak untuk bertemu dengan haiwan ini

           
           Apabila saya mencari spesies-spesies rama-rama dan kupu-kupu di Google, saya berasa amat takut dengan spesies rama-rama yang digelar Creatonotos Gangis Moth ini. Rupanya sangat menakutkan dan saya berharap saya tidak akan bertemunya๐Ÿ˜–.Baiklah, saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya. Sehingga berjumpa lagi. 





                     Sekian, terima kasih.






Tuesday 1 June 2021

Mengapa Saya Meminati Budaya Jepun?

 Assalamualaikum,



Foto Kredit: Taiko Tai

                    Dalam perkongsian kali ini, saya akan menceritakan kepada anda mengapa saya menyukai budaya Jepun. ๐Ÿ˜ Sebelum ini saya tidak pernah terdetik untuk mempelajari tentang budaya Jepun kerana saya kurang meminati subjek bahasa. Ini berpunca apabila setiap kali peperiksaan, markah subjek Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab saya agak kurang memuaskan jika dibandingkan dengan subjek lain. 

                  Segalanya berubah apabila saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM. Pada tahun pertama kami diwajibkan untuk mengambil subjek CITRA iaitu subjek luar fakulti. Pada awalnya saya mengambil subjek Budaya dan Masyarakat Jepun adalah semata-mata untuk memenuhi jam kredit saya. Namun, apabila saya mendalami tentang budaya Jepun, saya mendapati mereka mempunyai satu tarikan yang saya amat menyukainya iaitu sikap yang berdisiplin, menghormati orang sekeliling dan pembersih. Selain itu, mereka juga seorang yang amat menghargai waktu dan ilmu. Sekiranya berpeluang, saya ingin sekali untuk ke sana untuk melanjutkan pelajaran pada suatu hari nanti. Doakan saya ya, aamiin =) 



                     Sekian, terima kasih