Assalamualaikum,

Foto Kredit: Taiko Tai
Dalam perkongsian kali ini, saya akan menceritakan kepada anda mengapa saya menyukai budaya Jepun. 😁 Sebelum ini saya tidak pernah terdetik untuk mempelajari tentang budaya Jepun kerana saya kurang meminati subjek bahasa. Ini berpunca apabila setiap kali peperiksaan, markah subjek Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab saya agak kurang memuaskan jika dibandingkan dengan subjek lain.
Segalanya berubah apabila saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM. Pada tahun pertama kami diwajibkan untuk mengambil subjek CITRA iaitu subjek luar fakulti. Pada awalnya saya mengambil subjek Budaya dan Masyarakat Jepun adalah semata-mata untuk memenuhi jam kredit saya. Namun, apabila saya mendalami tentang budaya Jepun, saya mendapati mereka mempunyai satu tarikan yang saya amat menyukainya iaitu sikap yang berdisiplin, menghormati orang sekeliling dan pembersih. Selain itu, mereka juga seorang yang amat menghargai waktu dan ilmu. Sekiranya berpeluang, saya ingin sekali untuk ke sana untuk melanjutkan pelajaran pada suatu hari nanti. Doakan saya ya, aamiin =)
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment