Sunday, 2 May 2021

Gagal Sekali Tidak Bermaksud Gagal Selamanya

                      Assalamualaikum pembaca 😇,


                    Hari ini saya ingin menceritakan tentang kehidupan saya. Hidup ini pastinya mempunyai turun naiknya, kadang kala kita akan berada di atas, kadang kala kita akan berada di bawah. Di saat kita berjaya pastinya kita berasa gembira kan? Tetapi apabila kita gagal, apakah tindakan kita? Adakah kita akan memilih untuk masih bersyukur atau menyalahkan takdir? Kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap percaturan yang Allah tetapkan kepada kita. Hal ini kerana, Allah sudah berjanji kepada kita, di setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan. 



                      Saya pernah mengalami situasi seperti ini. Sewaktu SPM, saya mendapat keputusan 10A 1B dan saya pernah gagal dalam temuduga untuk mendapatkan biasiswa JPA. Sewaktu keputusan itu keluar, saya berasa amat sedih kerana impian saya selama ini untuk menyambung pelajaran ke luar negara masih tidak tercapai. Kekecewaan itu saya terbawa-bawa sehinggalah masuk ke Matrikulasi. Saya berasa semangat saya untuk belajar sudah tiada. Jika sewaktu sekolah menengah, saya merupakan antara pelajar yang akan menduduki tempat pertama atau kedua di tingkatan, namun apabila masuk ke Matrikulasi, saya seringkali gagal dalam kuiz yang diberikan oleh pensyarah. Saya pernah mendapat markah bagi subjek Matematik sebanyak 1% sahaja iaitu yang paling rendah di dalam kelas. Saya sering berasa stress. 


kredit :sloanreview.mit.edu

                      Namun, apabila saya masuk ke alam universiti, segalanya berubah. Saya sedikit sebanyak dapat memahami subjek Matematik atau Statistik yang diajarkan oleh pensyarah. Saya amat bersyukur kerana pensyarah-pensyarah yang mengajar saya kesemuanya baik-baik belaka dan sabar dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain. Saya berazam untuk menjadikan kegagalan lalu sebagai pemangkin semangat saya untuk terus berjaya dan melanjutkan pelajaran di luar negara dan menggunakan ilmu tersebut untuk berbakti kepada masyarakat. Aamiin.







                     Sekian, terima kasih.

                     

No comments:

Post a Comment