Friday, 26 March 2021

Tentang Saya

             Assalamualaikum pembaca 😇,

          Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama diberi Nur Asma' Binti Muhamad Sah. Berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ekonomi. Sudah lama rasanya saya meninggalkan blog saya, iaitu sejak 7 tahun yang lalu akibat kekangan masa. Hal ini kerana, sejak saya memasuki alam sekolah menengah, masa di rumah saya amat terhad jika dibandingkan masa saya bersama kawan-kawan di asrama. 😅

             Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memenuhi keperluan tugasan blog bagi subjek EPPD1063. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk terus menulis di dalam blog. Meskipun begitu, pada awalnya ianya agak sukar bagi saya untuk menghias blog ini kerana muka hadapannya yang sudah berubah. 😵 

            Bagi perkongsian kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan seorang penggemar buku. Saya amat meminati buku sejak berumur 6 tahun. Pada permulaannya, saya amat gemar membaca buku kategori fiksyen. Sewaktu saya sekolah rendah, saya amat meminati Ain Maisarah dan setiap kali berlangsungnya pesta buku di kawasan tempat tinggal saya, pastinya buku beliau akan menjadi pilihan saya untuk dibeli. Pelbagai siri novel yang saya sudah kumpulkan iaitu siri aku mahu, siri dongeng, siri hero dan juga novel comel. Apabila saya meningkat dewasa, minat saya sudah beralih iaitu kepada bahan bacaan bukan fiksyen. Disebabkan minat saya terhadap buku ini sangat mendalam, saya mempunyai satu cita-cita iaitu ingin menjejakkan kaki ke BookXcess yang terletak di Sunway Big Box @ Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor. 





BookXcess @ Sunway Big Box Retail Park.







Credit :

Gambar - jb2020.com
Video - Johorkini TV







       
       


No comments:

Post a Comment